Sim Kwang Yang: An Examined Life: Politics and Principles.
Petaling Jaya. Strategic Research and Development Centre. 2020 Karangan daripada Malaysiakini, The Nut Graph dan Hornbill Unleashed
ISBN 978-967-2464-16-7. Pp. i-xii, 268. RM32 melalui www.gerakbudaya.com
Ulasan buku oleh Dr Otto Steinmayer
Sim Kwang Yang — dikenali umum dan digelar sebagai “SKY” — adalah seorang tokoh besar: patriot, Ahli Parlimen dan ahli politik yang berakhlak tinggi. Mendiang SKY mempertahankan Sarawak dan seluruh Malaysia, termasuk tanah adat, dan terutamanya orang asal dan mereka yang dianiayai, dengan penuh berani dan bersemangat. Beliau seorang penulis karya yang bernas, berilmu dan menyengat. SKY juga kawan baik saya.
Kebetulan? Saya rasa tidak! Saya sudah lupa pertemuan pertama kami, berdekad dulu. Kami menjalinkan persahabatan, semakin lama semakin rapat, sehingga kematian SKY tahun 2014. SKY seorang teman yang meriangkan, dan menarik hati saya kerana kami boleh sembang-sembang ringan, do samping juga membincangkan perkara-perkara intelektual dan karya sastera. SKY menggalakkan saya dalam segala usaha, dan selalu menaikkan semangat saya. Ada banyak cerita yang boleh saya kongsikan. Jadi, Pembaca yang dihormati, percayalah bahawa ulasan buku karangan SKY saya ini ikhlas, tetapi tidak berkecuali. Di zaman Berita Palsu, teori konspirasi, dan pembohongan secara terang-terangan, saya mengikut teladan SKY, dengan mengakui daripada permulaan, saya berat sebelah, kerana sayang dan terhutang budi kepada mendiang SKY. (more…)